Sunday, May 30, 2010

FOUR THINGS

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
" Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah AKAL, AGAMA, MALU dan AMAL SOLEH. Maka..

1) Akal boleh hilang disebabkan marah
2) Agama boleh hilang disebabkan dengki
3) Malu boleh hilang disebabkan tamak
4) Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain

Manusia akan menghadapi 4 penarikan iaitu :

1) Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya
2) Para ahli waris akan menarik hartanya
3) Ulat akan menarik tubuhnya
4) Orang yang dimusuhi atau dianiyai akan menarik barang kepunyaannya di hari qiamat iaitu AMALNYA

Dari Ali r.a yang bermaksud :
Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam iaitu

1) memberi maaf pada waktu marah
2) suka memberi pada waktu susah
3) menjauhi yang haram pada waktu sunyi
4) mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu daripadanya.

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud :
Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu :

1) nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua
2) nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana
3) nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang yang sakit
4) nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati