Sunday, December 27, 2009

10 MUHARAM - HARI ASYURA

Bulan Muharam merupakan bulan yang pertama dalam kalendar hijriyyah. Bulan ini juga penuh dengan keberkatan dan rahmat kerana bulan inilah bermulanya berlakunya segala kejadian alam ini especilly HIJRAH RASULULLAH. Bulan Muharam juga merupakan bulan yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah kepada makhluk-nya.

Pada bulan ini juga, Allah mengurniakan mukjizat kepada Nabi-Nabi-Nya sebagai penghormatan dan kelebihan kepada mereka dan juga limpah kurniaNya yang terbesar iaitu keampunan dan keredhaan bagi hambaNya. Sebagai tanda kesyukuran kepadaNya, maka hamba-hambaNya mempersembahkan ibadah yang sempurna mereka sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih kepada Allah, walaubagaimanapun, itu semua masih belum lagi menculupi untuk membalas kurniaan Allah yang sungguh amat bernilai dan tiada nilai yang dapat digantikan didunia ini.

" Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata:

Ketika Nabi saw baru berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi tentang puasa mereka itu. Mereka menjawab, "Hari ini Allah memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini.

Maka sabda Nabi saw:

"Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari kamu."

Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa. Antara lain kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa yang melapangkan rezeki pada keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini.

Terdapat juga sebuah hadis meriwayatkan,

"Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun."

Maksud hadis ini ialah hari yang kesepuluh Muharam iaitu Hari Asyura merupakan hari dan bulan kemuliaan kerana pada hari inilah barangsesiapa yang berpuasa Allah akan membersihkan dan menebus segala dosa-dosa mereka yang lampau.

Bulan Muharam merupakan satu-satunya bulan yang amat teristimewa kerana banyak peristiwa yang bersejarah berlaku disamping ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini sepertimana terdapat dalam satu hadis.

"Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang mati syahid. Dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu darjat. Sesiapa yang memberi buka puasa pada semua umat Muhammad saw
dan mengenyangkan perut mereka."

Sahabat pun bertanya,

"Ya Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Asyura, dan menjadikan bukit dari lain-lain hari."

Jawab Rasulullah,

"benar, Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, dan menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura dan menjadikan laut pada hari Asyura dan menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam pada hari Asyura dan juga menjadikan Adam dan Hawa pada hari Asyura, dan menjadikan syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada
hari Asyura, dan Allah menyelamatkannya dari api pada hari Asyura dan menyembuhkan dari bala pada Nabi Ayub. Pada hari Asyura juga Allah memberi taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi Daud, juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura dan kiamat akan terjadi pada hari Asyura."

Maka pada hari itu ( 10 Muharam) Nabi Adam dan Nabi Nuh a.s berpuasa kerana bersyukur kepada Allah kerana hari itu merupakan hari taubat mereka diterima oleh Allah setelah beratus-ratus tahun lamanya memohon keampunan daripada Nya.


Pada hari itu juga, hari pembebasan bagi orang-orang Islam yang telah sekian lama dikongkong oleh Firaun, di mana hari itu mereka diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman Firaun yang selama ini mengancam agama dan menggugat iman mereka. Dengan tenggelamnya Firaun, Haman, Qarun dan istana mereka bererti berakhirlah sudah
kezaliman musuh-musuh Allah buat masa itu. Terselamatlah tentera Nabi Musa dari musuh dengan mukjizat yang Allah berikan, maka mereka berpuasa kerana kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt.

Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam ini, di mana pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh kehormatan.

1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s.

2. Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.

3. Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yang engkar pada Nabi Nuh a.s.

4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya
menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud.

5. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun bagainda sendiri sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan
menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.

6. Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil.

7. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s

8. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.

9. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan
Nun.

10. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda.


Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai
tanda kesyukuran kepada Allah swt. Nabi saw telah bersabda dengan
maksudnya:



"Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah
wajib puasa Asyura, tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka
berpuasa, maka dibolehkan berpuasa dan sesiapa yang tidak sukar boleh
meninggalkannya."



Begitulah sabda Rasulullah di mana puasa pada hari Asyura ini
sangat-sangat dituntut. Kalau tidak memberatkan umat baginda, maka
diwajibkan. Oleh kerana takut memberatkan umatnya, maka hukumnya
adalah sunat.



selamat menghayati bulan muharam....

Thursday, December 24, 2009

HIJRAH

satu muharam detik permulaan
perkiraan tahun Islam hijrah
perpindahan Nabi dan umat Islam
dari kota Mekah ke kota Madinah

atas keyakinan dan iman yang teguh
kau Muhajirin dan Ansar bersatu
rela berkorban hara dan nyawa
demi menegakkan Islam tercinta

hijrah itu pengorbanan
hijrah itu perjuangan
hijrah itu persaudadaraan
hijrah membentuk perpaduan

oleh itu mari semua
kita sambut Maal Hijrah
tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
untuk sepanjang zaman

Thursday, December 17, 2009

Pengembaraan berakhir.....??????????

salam maal hijrah dan salam perjuangan buat shbat shbiah yg sehaluan menegakkan kalimah shahadah.....klau blum lg.....ayuh daftarkan dri anda dikaunter yg brdekatan....hidup ini mrupakan perjuangan...klau tiada prjuangan bkan namanya hidup itu tau...perjuangan apa..???? perjuangan menegakkan kebenaran yg sudah lama tertegak...

malam ini merupakan mlm awal muharam....terdetik di hatiku utk menaip serba sdkit prkongsian yg hendak dikongsi....

sebenarnya tiada apa yg hendak dikongsi...hohoho...jgn marah...k r, tdo dlu la.. nnti smbung....post ni akan di edit...tunggu tau....jgn ke mana mana....tp klu nk ke toilet.pg je la....nnti klu ape ape trjadi...x dapet den nolong...hohohoho..

sambungan......

sama-samalah kte muhasabah dir yg hina ini sbg hamba ALLAH...

Monday, November 16, 2009

Pengembaraan semasa...

salam perjuangan dan salam dedikasi semua....smoga kita sntiasa brada dalam rahmat Nya selalu....



tanggal 15 nov 2009 iaitu hari ahad, genap 2 minggu aku brada d s.alam....tujuan asal aku adlh untuk mncari kerja.....tapi ape kan daya....keje masih lagi x dapat dapat.... resahnya hatiku ini...kadang kadang pilu pun ade.....jarang jarang sedih pun ade... cewwah....berasrama dana pulak aku ni...hohoho....dimana ade kemahuan disitu ade jalan...

tp xpe...aku still happy kt cni....mcm2 aku telah buat spanjang penantianku terhadap keje cashier giant...huhuhu....kt cni, lpas habis jer solat isyak, smua pak cik-pak cik g blkang.....nk thu diorg buat ape....diorg brbual la...mcm brbual kdai kopi...
tp jaga adab la....hohoho....aku tumpang la skli....ade ke ptut diorg perli aku KELANTAN kalah bola...huhuhu...tp aku trima seadanya....kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi...

ade skli 2, aku g reban ayam milik seorg pak cik surau tempat aku tggal...aku kamcing jgak la dgn dia....dia ni seorg pmurah....pasal kuar duit jer, dia hulur.....tp brtempat la....stiap hari ahad bulan Ramadhan kan, dia sponser bubur lambuk tau....tp bkan dia yg msak....orang2 srau yg msak...kte gotong royong la sama sama...bersatu kita teguh bercerai kita roboh...yak bo te....ok kte smbung...dia ni memang toke ayam... kaya woooo...aku g reban ayam dia kat semenyih...pasal makan jer, dia tanggung... sarapan lg..lunch lg....hihihi.....masa 2 dia nk bg ayam minum vaksin...pekerja dia bangla...ade 2 3 org...tp memang best la aku g sane....bnyk ayam woooo...memang la bnyk ayam kan...xkan bnyak burung plak...hohoho....masuk reban ayam berkokok masuk kandang harimau mengaum



lpas 2 kan...pd hari yg lain...tiba tiba je ade orang call aku....aku angkat la....
ade ke ptut dia sruh aku g kursus pembimbing belia tempatan....memang x ptut la kan...hohoho.....tp ape kan daya...aku trima je la...alang alang aku boring dok kt umah....baik aku g jalan jalan....hehehe....aku dibekalkan dgn assesory duniawi..baju, beg, buku cacatan, pen, sticker dan nota2....ok la...bangga la...ape yg aku dpat kt sana adalah 3 perkataan je....VISI, MISI DAN FUNGSI....3 perkataan ni kte bleh kaitkan dgn individu, keluarga, organisasi dan sbgainya....fikir-fikirkan la yer....




furtheremore,ada skli 2 mmber aku sruh aku gnti dia mengajar budak mengaji....tpaku on jer....aku ajar la...nasib baik aku ade pngalaman ajar budak mengaji kt tempat aku tggal...hohoho....tp ok la....drp aku xthu nk buat ape kan....btul x..????
hujan emas dinegeri orang hujan batu dinegeri sendiri...

kesimpulannya....aku memang enjoy la dduk cni wlaupun keje yg diidamkan x dpat lg...hohoho..kejayaan akan ku kecapi...tggal bbrapa saat je lg...

salam perpaduan

Sunday, November 8, 2009

Final Piala Malaysia 2009 - Kelantan vs N9

salam mahabbah dan salam perjuangan.....



Cuti peristiwa bagi rakyat Kelantan...

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=23087&Itemid=1





Lagu Bola Kelantan


http://www.youtube.com/watch?v=-Lpru6Q05V8&feature=related


Aksi jaringan gol


http://www.youtube.com/watch?v=a-lifpTq2c0&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=a-lifpTq2c0&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=qKgXjtRPxQs&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=YdwVyAprl_c&feature=related

Tuesday, November 3, 2009

langkah pertama

hari ini dalam sejarah hidup aku....aku kini sedang berjinak-jinak dengan blog...acely aku x thu nak tulis ape..hohoho..tapi kadang-kadang aku ade pk jgak, macam mana korang creat blog korang ek.....bnyak ke idea korang....korang gune ayat sndiri ker atau rujuk sumber-sumber yang lain.....tapi xper, aku akan cuba selesaikan masalh aku ni...huhuuhuu...

wokkeh....aku nak stat cter pasal diri aku jap....tanggal 8hb oktober lagi aku dah abis final xm...lpas 2 kitorang satu umah plan la nak g melaka bandaraya bersejarah selama 3 hari...tp ape kan daya hanya 1 hari je bleh g sebab member kitorang ade interview plak keesokkan harinya....

pada ai isnin kul 9 malam kitorang mula bertolak ke melaka yang dikatakan bandaraya bersejarah....kitorang g sane 5 orang sumenyew...mula-mula member aku drive la sampai perhentian ape tah namanya..lpas 2 aku plak ambil alih la....apa tunggu lg...hahaha....aku stat la drive...mula-mula aku maintain la 110 km/j...acu kurang sket jek, aku naikkan...acu lbeh sket jek, aku kurangkan la...sepanjang travelling kami dngar lagu siti jek....lpas lagu siti...lagu siti lagi...lpas lagu siti..lagu siti lagi...dah la lagu same jek...tp ok la lagu asma ul husna dan selawat....

tapi dah lama aku drive, aku pun dah boring la asyik maintain 110km/j jek....aku pun try la 120 km/j...lpas tu aku try 130 km/j plak....lpas tu 140 km/j plak...lpas tu aku x nak try dah..aku maintain 140 km/j jek...tapi ape yang aku pelik la kan.. member aku yang kat blakang tiba-tiba je nyanyi lagu siti ....lagu selawat...td dia tdur...aku pun buat xthu la, aku trus drive 140 km/j...

lpas 2 aku nmpak simpang ke bandaraya melaka...aku confident la msuk simpang 2.. mmber aku yang tdur trus trjaga, dia ckap bkan simpang ni, simpang dpan lagi...aku buat xthu jek...aku pun byar tul rm16.70....kitorang pun lalu la ayer keroh lam kul 0130...matlamat kitorang mula-mula smpai kat melaka kena cari hotel....kitorang cari punye cari, maka jumpa la hotel....harga hotel rm50...diskaun rm5...huhuhu... lpas msuk blik kitorang xtdur trus bahkan bersuka ria dulu...melompat-lompat atas katil... rakam video...pasang lagu kuat2..hahahh...best2...lpas 2 tiba-tiba je tdur...hihihi...letih sangat kot....

pagi-pagi lg kitorang kuar jalan-jalan....tp solat subuh dulu la...huhuhu...
bnyak la tmpat yang kitorang g.....muzium kecantikan...kota a famosa....datran pahlawan...masjid ape tah...macam-macam la...aku pun x ingat dah...tp best la melancong kat melaka... first time aku sampai melaka....kitorang ade jgak g umah member yang tggal kat melaka..

sehari suntuk berjalan-jalan, memang best la....penat pun bleh....gembira pun bleh..hohohoho....lpas makan-makan kat umah member...kitorang berangkat pulang ke shah alam....kitorang bertolak kul 2330 dan smpai kul 0200....

lpas 2 aku balik qlate selama 2 minggu...1 mggu jadi anak dara (terperap kat umah la)...huhuhu..1 mggu aku tolomg mmber aku....hihihi....

tp skarang aku dok kat s.alam tngah cari keje...tp lom dpat lg....sebelum cuti aitu aku ade plan nak keje kat giant, aku ingat trus dpat keje tp ape kan daya kene isi borang dlu dan tunggu dipanggil interview...hohohoh..sdey nyew rase hati ini.... aku kini sedang pk nasib ku di shah alam skarang.....tlong doakan aku yer...cayya la frens...cewwah...

k r...sbgai permulaan diri ini mlangkah....salam mahabbah..

Wednesday, April 29, 2009

lirik lagu nasyid

Bilakah Damai
Album : Hafiz Hamidun
Munsyid : Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.com


Mentari menangis di senja memerah
Bumi anbia menjadi padang jarak
Puing-puing runtuhan berserakan
Hanyir darah menyesak dada

Tubuh layu gugur bergelimpangan
Bertindih dalam kubur tanpa bernisan
Di hujung sana berjuta kelaparan
Di dera wabak yang menyiksakan

Anak kecil bertanya bimbang
Mengapa lena ibu terlalu panjang?
Diwajahnya cerminkan kedukaan
Bilakah pula ayah akan pulang?

Dia yang tak mengerti apa
Menjadi mangsa
Suara tangis syair sendu
Menghiris kalbu
Bilakan berhenti kekejaman?

Anak kecil bertanya bimbang
Mengapa lena ibu terlalu panjang?
Wajahnya cerminkan kedukaan
Bilakah pula ayah akan pulang?

Dia yang tak mengerti apa
Menjadi mangsa
Suara tangis syair sendu
Menghiris kalbu
Bilakan terhapus penindasan?

Kemana hilangnya kemanusiaan?
Sampai bila bersilih penderitaan?
Bila pula akan muncul ketenangan?
Soalan yang masih tiada jawapan



Dia Muhammad
Album : Allahu Rabbi
Munsyid : InTeam
http://liriknasyid.com


Awwalul kalam dengan salam,
Buat junjungan Khairal Anam,
Dalam selawat yang disulam,
Alun zikir memuji Sohibul 'Alam

Lembaran sirah pun berperi
Riwayat insan yang terpuji
Bersalasilah para nabi
Keturunan Quraisy yang molek pekerti

Ahmad, itu nama yang tersurat
Dalam Injil juga Taurat
Apatah lagi kitab Al-Qur'an

Dia Muhammad
Penutup sekalian nabi
Penyampai risalah suci
Islam agama yang diredhai
(Dia pembela di mahsyar nanti)

Dari gelita jadi cahaya
Dari derita jadi bahagia
Kerana dia pembawa rahmat
Kerna dia juga pemberi syafaat

Huwa Muhammad,Huwa khatimunnubuwah,
Huwa balighurisalah, Huwa saiyiduna wa imamuna

Dia Muhammad
Dia tauladan utama
Sunnahnya jaminan syurga
Berlandaskan wahyu yang Maha Esa

Waimma cerca ataupun hina
Hatta dihunus pedang kuffar durjana
Namun baginda beralah tiada
Kerna percaya Allah tetap bersamanya



Bicara Tentang Cinta

Album : Langkah Tercipta
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com


Salahkah ku mendambakan seorang putri,
Dan pasti ku mengharap yg setia disisi,
Teman kala ku kedukaan,
Memberikan daku cahaya sinari kehidupan...

Walau ku tahu segala suratan Esa,
Ku pohon kesetian pemberi inspirasi,
Pengubat jiwa yang sepi,
Agar dapat ku kecapi,
Indahnya hidup ini...

Usah ada rasa sangsi,
Saling faham dan mengerti,
Sinar bahgia menanti,
Pendorong penguat jiwa,
Dalam melayar bahtera,
Pasti tenang jika kau disisi..

Selagi masih aku terdaya,
Menuturkan kata-kata,
Kan ku bicarakan yang sesungguhnya,
Di hati ini dikau saja,
Yang bertahta dijiwa,
Insan yg ku kasihi
Dikau lah yg ku sayangi..



Langkah Tercipta

Album : Langkah Tercipta
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com


Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.

Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,

Haruskah aku mengalah,
namun hati kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),

Tak dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.

Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,
Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMU.



Hanyut
Album : Langkah Tercipta
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com


cipta dari segumpal darah,
jelma seraut wajah,
rahsia agungnya kudrat Tuhan.

Dan dihembuskan nyawa,
diikatkan janji,
tunduk hanya kepadaNYA.

*Namun hakikatnya hidup sarat pesona dusta,
dugaan tuk menguji kehambaan,
tiada tempat berlindung dari fitnah dunia,
selain perlindunganNYA.

Berkurun terukir sejarah alpa,
manusia dihanyut indah yang fana,
terlupa pada fitrah wujudnya,
hanya ditaraf hamba.

Tenggelam pada bisikan dunia,
tak sedar langkah mudik ke sengsara,
tergoda pada hasut sengketa,
rebut fatamorgana.

repeat (*)

Telah disuluhkan laluan,
diberi segala pedoman,
seiring akal dan fikiran,
mengapa kehilangan.

Telah tertulis pengakhiran,
pada selembar takdir insan,
jiwan yang penuh penyerahan,
Itu yang dijanji syurga.

repeat (*)
rebut fatamorgana 3x



Bicara Tentang Cinta
Album : Langkah Tercipta
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com


Salahkah ku mendambakan seorang putri,
Dan pasti ku mengharap yg setia disisi,
Teman kala ku kedukaan,
Memberikan daku cahaya sinari kehidupan...

Walau ku tahu segala suratan Esa,
Ku pohon kesetian pemberi inspirasi,
Pengubat jiwa yang sepi,
Agar dapat ku kecapi,
Indahnya hidup ini...

Usah ada rasa sangsi,
Saling faham dan mengerti,
Sinar bahgia menanti,
Pendorong penguat jiwa,
Dalam melayar bahtera,
Pasti tenang jika kau disisi..

Selagi masih aku terdaya,
Menuturkan kata-kata,
Kan ku bicarakan yang sesungguhnya,
Di hati ini dikau saja,
Yang bertahta dijiwa,
Insan yg ku kasihi
Dikau lah yg ku sayangi..



Sinaran kehidupan.
Album : Selumbar Qaseh
Munsyid : Into-We-See
http://liriknasyid.com


Sinaran kehidupan.

Hidup bagaikan permata,
Di dalam dunia fana’,
Mengharap secebis,
Sinaran cahaya…

Di dalam menghadap dugaan,
Hidup penuh dengan cabaran,
Hargai diri,
Hindari lah dadah,

Kukuh kan iman, Di dalam diri ku,
Agar sentiasa terhindar dari hasutan
Agar ummah ku, sentiasa aman…..

Rakan ku yang kusayangi,
Dengarlah nasihat dari ku ini,
Jauhkan diri dari semuanya,
Dadah durjana perosak dunia..

Menggapai sinar gemerlapan,
Mengharap sebutir harapan,
Terimalah aku insane,
Dalam kehidupan..

Bangunlah semua insan,
Bersama seiring jalan.
Tetapkanlah pendirian etika keluran,

Marilah kita besama,
hapuskan dadah durjana,
Agar kita hidup aman sejahtera,


Lirik : Mohd Safwan Bin Zuber
Lagu : Mohd Safwan Bin Zuber



Hidup Sihat Tanpa Dadah
Album : Selumbar Qaseh
Munsyid : Into-We-See
http://liriknasyid.com


Hidup Sihat Tanpa Dadah

Ummah madhani sinaran cahaya,
Ummah kualiti tunggak negara,

Perjalanan ini kita susuri,
Dengan hati suci,bersih dan murni.

Ayuhlah,
Renungkan diminda,
Bangunlah,
Sedar dari lena,
Pandanglah
Kiri dan kanan kita
Bersama-sama…

Quran jadi pegangan,
Sunnah jadi ikutan,
Tingkatkan keimanan
generasi harapan,

Ayuh kejar impian,
Sama sahut cabaran,
Tinggal semua amalan,
Yang merosakkan…

Da…da…dah,,dadah durjana…… 2x ulang
Jangan kau hampir dengannya…. 2x ulang
Dadah durjana jangan dekatinya,
Perosak jiwa didalam dunia…..

Jangan biar diri kita dinoda,
Meracun membawa hati yang lara.
Melayan semua hasutan dan sengketa
Semaikan iman dijiwa dan di minda.

Kehidupan sihat tanpa dadah,
Bersatu dan gagah bercerai rebah,
Tingkatkan taqwa dan bermuhasabah
Sedarlah teman,dadah, memusnahkan…..

Bangkitlah semua umah harapan,
Contohi rasul nabi junjungan,
Quran dan hadis jadi panduan,
Terapkan amal ilmu dan iman,,

Ummah..11x ummah madhani…..
Hidup….11x tanpa dadah
Ummah Madhani,,,Tanpa Dadah……

Lirik : Mohd Safwan Bin Zuber
Lagu : Mohd Safwan Bin Zuber



Ramadhan 2 Zaman
Album :
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com


ramadhan satu nasib tak serupa
peluangnya sama natijah berbeza

ramadhan mereka gembira cemerlang
mukmin berjasa diawal zaman
ramadhan kami malam terbuang
muslim berdosa di akhir zaman

mereka gembira kerana kedatangan mu
kami gembira dengan pemergian mu
malam mereka meriah disimbah nur al quran
tp malam kami muram bertemukan mu

mereka berlumba mengejar makrifat
tp kami lesu diburu nafsu
hati mereka bercahaya digilap takwa
jiwa kami gelap didera dosa

takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan
takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga



Aku Cinta Allah
Album :
Munsyid : Wali Band
http://liriknasyid.com


Andaikan diriku bisa seperti yang lain
Yang Kau sayang yang Kau rindukan yang Kau cintai

*)
Aku lemah tanpa-Mu aku lelah aku sungguh tak berdaya
Tolongku tolongku Ya...Allah

Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah

back to *)


sumber- http://www.liriknasyid.com/

Tuesday, January 20, 2009

Mutiara Kata

Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

Dunia ini umpama lautan yg luas.Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan

Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;
Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana
Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan
Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji."
(La Roche)

"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan.
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh
menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia
adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya
bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak
sanggup menerima penderitaan.
( Harieta Wahab)

Hadiah Terbaik

Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

" Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan
satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

" Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup
seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

" Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah
beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" ( Saidina Ali)

" Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang" (Saidina Ali)

"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."

" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"

"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."

"Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."

"Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat.
Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi."

"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

"Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan."

Monday, January 19, 2009

PPIM: Senarai produk dari Belanda/Dutch






Berikut ini senarai produk Belanda yang disenaraikan oleh PPIM di webnya untuk diboikot:

1. Dutch Lady - Susu
2. Ferrero Roche - Coklat
3. Wall’s - Ais Krim
4. Ing -Insurans

5. Planta -Magerin
6. Lady’s Choice -Magerin
7. Lipton -Teh
8. Shell -Minyak
9. Knorr -Perisa Makanan
10. Dove -Mandian
11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
12. Radiant -Deodoran
13. Rexona -Deodoran
14. Ponds -Produk Kecantikan
15. Kieldsens -Coklat
16. Slimfast -Produk Pelangsing
17. Lego -Kismis
18. Philips -Barangan Elektrik
19. Duyvis -Makanan Ringan
20. Gouda -Keju
21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
24. Labello -Lip Balm
25. Pickwick -Teh
26. Venz -Mentega Coklat
27. Kinder Bueno -Coklat
28. Unilever -Syarikat
29. Dumex -Susu Tepung
30. Nutricia -Susu Bayi
31. Sunsilk -Shampoo
32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
33. Lux -Mandian
34. Vaseline -Lip Balm
35. Cif -Pencuci Lantai
36. Surf -Pencuci Kain
37. Wishbone -Pencuci Kain
38. Doriana - Keju Krim
39. Bertolli -Minyak Masak
40. Clear -Shampoo
41. Breeze -Pencuci Kain
42. Sun -Pencuci Kain