Saturday, January 26, 2019

KOLESTROL SI DURJANA

KOLESTROL SI DURJANA
Nak cerita perihal kolestrol si pembuat onar pada jantung kita. Hehe.
Sakit jantung berlaku apabila salur darah jantung menjadi sempit.
Sempit saluran darah disebabkan dinding diselaputi lemak terutamanya kolesterol.
.
.
Salur darah sempit bukan sehari dua. Panjang masanya.
Haa. Jadi sebenarnya siapa yang buat onar? Kolestrol atau si tuan punya badan?
ANDA BERISIKO SALURAN DARAH SEMPIT
sekiranya anda
✔️ kolestrol tinggi
✔️ merokok
✔️ kencing manis
✔️ obesiti
✔️ darah tinggi
✔️ kurang aktif
Kalau lah satu tick dikira satu skor, berapa agaknya skor anda berisiko saluran darah sempit? 🤔🤔🤔
Layari www.aafiyat2u.com untuk pembelian produk Olive House dan
Terus klik link ini http://olivehouseshahalam.wasap.my/

Tuesday, July 23, 2013

AGEN TAKAFUL


sayalah yang anda cari...hubungi segera arif 013-3610337

aturkan temujanji anda dengan saya untuk mengetahui MAA Takaful..

tips untuk memilih plan takaful yang lengkap adalah terdapat 4 perlindungan yang ditawarkan:

1) kematian/hilang upaya kekal
2) kemalangan
3) penyakit kronik
4) hospital

 saya akan update info dari masa ke semasa....makasih3


Saturday, July 20, 2013

BUKU-BUKU ILMIAH

sebarang pertanyaan boleh serch alamat dibawah https://www.facebook.com/FayanundayaFndEnterpriseBusinessOnline?ref=hl atau hubungi saya 0133610337




















Wednesday, July 10, 2013

AURA WHITE GLUTA COLLAGEN 900 000MG

salam ukhuwwah dan selamat sejahtera semua.....semoga sentiasa dalam rahmat dan keberkatan Allah selalu yer...sudah lame saya x update blog saye nir...hampir 3 tahun...ke lebih...xpe la kan....hohoho....sejak dua menjak ni, produk Aura White ni semakin menjadi-jadi, mane idak nyew, ramai yg ingin mencuba, dan yang dah mencuba lepas tambah, tambah, lepas tambah, tambah lagi...drp 400 000mg kepada 900 00mg....nak buat camne,dah orang yang gunakan kate ade perubahan selepas menggunakan nyew...Alahamdulillah...semua tu datangnya daripada Allah, yang penting kte ikhtiar dan usaha...bukan taksub atau percaya produk ni ade kuasa luar biase, idak....tp menjadi asbab kepada perubahan yang berlaku...macam kte makan panadol la or mane2 ubat...klu kte percaye ubat ni yang menyembuhkan kite, maka syirik la kte kan...bukan sebab panadol tu tp sbab Allah yang bg sembuh....yang tu sepatutnya kte faham...ade jgak yang makan panadol berpapan-papan tp x sembuh-sembuh jgak...itu buktinyew....hoihoho.....


saya pun antara yang menggunakan Aura White, Alhamdulillah ade perubahan sket, mula2 muka saye ni ade la lubang-lubang bekas jerawat...x habis sebotol lagi saya tngok lubang tadi semakin timbul, maksudnya dah x dalam dh lubang tu...ok la tu.... walaupun pd asalnya kwn saye promote AW utk masalah rambut...hohoho...al maklum la rambut semakin sikit....dek kerana gugur rmbut...hohoho...

antara kebaikan Aura White seperti berikut...:
 √ Sesuai untuk lelaki dan perempuan.
√ Anda dapai merasai kesan dalam 14 hari.
√ Menggunakan gabungan antioksidan terhebat didunia.
√ Merawat serta mencegat jerawat.
√ Wajah cerah berseri tanpa perlu SUNTIK.
√ Mengecilkan liang roma. √ Merawat Enzema dan Prorisis.
√ Mencegah kedutan dan kekenduran pada kulit.
√ ALTERNATIF kepada SUNTIKAN VITAMIN C dan GLUTATHIONE.
√ Menghilangkan Tompok Hitam dan Parut.
√ Kesan Pencerahan Yang Menakjubkan.
√ Meningkatkan fungsi setiap sel dan melambatkan proses penuaan.
√ Mencegah kerosakan KOLAGEN.
√ Meningkatkan daya ketahanan badan.
√ Rambut dan kuku menjadi lebih sihat.
√ Melindungi daripada sinaran UA-B.
√ Menyembuhkan luka dan mencgeah parut.
√ Badan menjadi lebih sihat dan bertenaga.
√ Membantu Menyah toksik dan pencemaran didalam tubuh dan menghasilkan kulit lebih cerah.


RM150
-FREE BEDAK TANAKA -FREE POSTAGE -FREE SHAKER -FREE 3D MASKER 
msg/call-0133610337

jgn lupa like page facebook saye yer...hohoho...makasih3

https://www.facebook.com/FayanundayaFndEnterpriseBusinessOnline?ref=hl

Peringatan bagi yang berfikir..

“Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui” (al-‘Ankabuut: 64)

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Surah Al-An'Am ayat 32)

semoga kte smua mnjadi hamba yang bertaqwa....ameen

Wednesday, December 29, 2010

Bekas pelajar bantah kemasukan pelajar perempuan


jom bantah, sila layari lama ini
http://www.facebook.com/update_security_info.php?wizard=1#!/pages/Falahians-Bantah/169307159772700?v=photos



KUALA LUMPUR, 29 Dis: Sekumpulan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah (SMKAF), Kelantan, membantah kemasukan pelajar perempuan ke sekolah itu pada sesi persekolahan tahun hadapan.

Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Harakahdaily, pihak yang menamakan diri mereka sebagai Badan Bertindak Bekas Pelajar (Bantah) mendakwa, keputusan pengurusan pihak sekolah tersebut adalah tidak relevan, sekaligus memecah tradisi dan jati diri sekolah itu yang sebelum ini hanya untuk pelajar lelaki sahaja.

Falahiah adalah sebuah sekolah ditubuhkan sejak tahun 1939 dan dikenali sebagai SMKA bermula tahun 1978.

Ianya sebuah sekolah harian berasrama di Kelantan yang terkenal dengan tradisi kecemerlangannya sebagai sekolah khusus pelajar lelaki di negeri itu.

Difahamkan, keputusan sekolah memasukkan pelajar perempuan ke sekolah itu disebabkan prestasi akademik pelajar yang didakwa jatuh teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun bagi Bantah, mereka menolak alasan itu dan menganggap ianya satu alasan yang melucukan kerana cuba menjadikan pendidikan sebagai 'tikus putih' tanpa kajian terperinci.

"Pihak pengurusan juga seolah-olah lupa dan tidak melihat sejarah SMKA Falahiah. Di mana kecemerlangan sebelum ini tidak pernah pun dikaitkan dengan kehadiran pelajar perempuan.

"Pada kami, kejatuhan akademik adalah daripada berpunca daripada masalah pengurusan sekolah kali ini yang tidak efektif berbanding pengurusan sebelum ini dan disiplin pelajar di sekolah," kata mereka.

Dalam kenyataan yang turut disiar pada laman Facebook Falahians Bantah, mereka mendakwa keputusan itu juga dibuat secara tergesa-gesa tanpa mendapat pandangan dari semua pihak dan tanpa persediaan kajian yang terperinci.

Ianya termasuk mengenepikan perbincangan dengan pihak Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan juga tidak mendapat sokongan dari kebanyakan tenaga pengajar di sekolah itu.

"Pihak PIBG juga tidak diajak berunding terlebih dahulu sebelum keputusan ini dikeluarkan. Hanya sekadar makluman sahaja.

"Di saat Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan kerjasama erat antara pihak sekolah dan PIBG, tampaknya pihak pengurusan sekolah hari ini dilihat terlalu bersikap individualistik sehingga mengabaikan konsep bekerja secara kolektif," kenyataan itu dipetik.

Difahamkan, kebanyakan guru tidak sependapat dalam hal ini namun hanya melahirkan protes secara diam.

Ini kerana pandangan mereka didakwa telah dikesampingkan dalam beberpa isu sebelum ini.

"Pandangan para guru amat penting untuk dihargai kerana golongan mereka lebih akrab dengan pelajar dan lebih memahami keadaan pelajar khususnya guru-guru yang telah lama berkhidmat di SMKA Falahiah," kata kenyataan itu lagi.

Menurut mereka, keputusan itu juga dibuat ketika ketiadaan beberapa individu utama pengurusan sekolah, dan kini apa yang menjadi tanda tanya adalah berhubung agenda sebenar individu di sebalik keputusan itu.

"Maklumat yang diperolehi juga menujukkan permintaan ini adalah datang dari pihak pengurusan sekolah bukannya Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan," kata kenyataan itu lagi.

Selain itu, turut dipertikaikan adalah kesediaan infrastruktur sekolah untuk menerima kemasukan pelajar perempuan ke sekolah itu termasuk padang permainan, kemampuan masjid menampung pelajar dan guru dan dewan makan.

Namun apa yang lebih dibimbangi, adalah masalah sosial yang akan berlaku di kalangan pelajar apabila keputusan ini dilaksanakan kelak.

Harakahdaily turut difahamkan, beberapa kain rentang membantah keputusan sekolah itu juga telah dinaikkan di beberapa tempat tumpuan di sekitar sekolah namun ianya telah dibuang oleh pihak tertentu.

Bagaimanapun pihak Bantah mendakwa akan terus memperhebatkan bantahan mereka melalui kenyataan kepada media, internet, Facebook dan pengedaran risalah.

Pihak pentadbiran sekolah ketika dihubungi pula mendakwa segala tindakan dan fakta bantahan yang dikemukan kumpulan bekas pelajar itu hanya fitnah.

Bagaimanapun, mereka mengakui akan berlaku kemasukan sekurang-kurangnya 100 pelajar perempuan tingkatan satu dan empat pada sesi persekolahan Januari nanti.

sumber : Harakahdaily

Wednesday, September 29, 2010

KELEBIHAN PUASA ENAM

Salam Aidilfitri buat semua, saya rasa masih lagi tidak terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat muslimin dan muslimat sekalian... RAMADHAN telah pun meninggalkan kita, adakah kita akan bertemu dengan RAMADHAN yang akan datang? itulah persoalan yg sepatutnya timbul dibenak fikiran kita....kalau kita lihat para shabat sngat mengalu-alukan kedatangan RAMADHAN kerana kelebihan bulan RAMADHAN yang begitu hebat kepada seluruh umat ISLAM yang beramal pada bulan tersebut...sama2lah kita fikir dimanakah kedudukan kita disisi ALLAH S.W.T...

Kesempurnaan ibadat seseorang Islam bukan sekadar terletak kepada amalan-amalan fardhu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T., malah ia turut ditampung oleh amalan-amalan sunat di dalam memperindahkan lagi mutu ibadat yang dilakukan.

Puasa enam hari di dalam bulan Syawal mengandungi beberapa kelebihan, sebagaimana diriwayatkan di dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Barang siapa yang berpuasa sebulan Ramadan, diikuti dengan enam hari dalam bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa selama setahun.

Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”.

Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.

Allah SWT juga berfirman di dalam surah Al-An’aam yang bermaksud: Barang siapa yang membawa amal yang baik maka bagi (pahala) sepuluh kali ganda. Dan barang siapa yang membuat perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan kecuali yang seimbang dengan kejahatannya. Sedang mereka sedikit pun tidak di aniaya (dirugikan). Inilah kelebihan yang Allah SWT tawarkan bagi direbut oleh umat Islam yang mungkin terlepas kelebihan Ramadan sebelum ini.

Dari Abu Ayyub Al Anshari r.a.katanya Rasulullah saw. bersabda:
“Siapa yang puasa bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.”
[HR Muslim]

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”

Antara hikmah2 berpuasa 6 hari di bulan Syawal;

Pelengkap dari puasa Ramadhan
Puasa sunat 6 hari di bulan Syawal selepas Ramadhan adalah pelengkap dan penyempurna pahala dari puasa setahun penuh. Penyempurna dari kekurangan, membawa maksud, walaupun hukumnya sunat, pada hari Kiamat nanti perbuatan2 fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan2 sunnah ini. Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadith Qudsi – “Dan senantiasa hamba Ku mendekatkan diri kepada Ku dengan amalan2 sunnah sehingga Aku mencintainya.” (Hadith Riwayat Bukhari)

Menyediakan sistem pencernaan
Selama 1 bulan sistem pencernaan kita berehat pada waktu siang. Kedatangan bulan Syawal boleh mendatangkan kejutan bagi sistem pencernaan kita, tambahan apabila disajikan dengan pelbagai juadah di dalam pelbagai majlis yang biasa masyarakat kita lakukan di bulan Syawal ini. Maka, puasa 6 ini memberi peluang kepada sistem pencernaan kita yang telah direhatkan tadi untuk bertugas secara beransur-ansur.

Amalan Ramadhan tidak terputus
Antara manfaat lain berpuasa 6 adalah segala amal yang dilakukan oleh seseorang itu di dalam bulan Ramadhan, untuk mendekatkan diri-Nya dengan Allah, tidak akan terputus setelah berlalunya bulan Ramadhan yang mulia ini, selama seseorang itu masih hidup. Ini juga mengajar kita untuk beribadat secara istiqamah dan berpanjangan. Menyusuri daripada kata2 para cerdik pandai – “Pahala amal kebaikan adalah kebaikan yang ada sesudahnya.”

Tanda syukur rahmat bulan Ramadhan
Berpuasa di bulan Ramadhan mendatangkan maghrifah atas dosa2 masa lalu. Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan akan menerima ‘ganjaran’ di bulan Syawal – maka berpuasa di bulan Syawal adalah seperti tanda mensyukuri ganjaran yang diterima ini. Ia juga sebagai tanda syukur atas segala nikmat, pertolongan dan pengampunan yang telah diberikan oleh-Nya dalam bulan Ramadhan. Dan atas rasa cintanya terhadap ibadah puasa di bulan Ramadhan, ia tidak merasa bosan, berat atau jenuh apalagi benci berpuasa Ramadhan – lantas meneruskannya dengan berpuasa lagi selama 6 hari di bulan Syawal.

Di ruang Syawal yang masih ada ini, tanyalah diri kita adakah kita sudah pun mula berpuasa atau kita masih hanya sekadar sibuk dengan Aidilfitri tanpa ada pengisiannya? yang telah pun selasai, tahniah diucapkan..mabruk 'alaikum..yang masih lagi belum bermula.....tepuk dada tanyalah iman....

wassalam...